Wednesday, June 03, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 - Taman Safari Indonesia

Assalamualaikum, Hoi hai.

Entah dah berapa kali dah entry ni tersimpan dalam draft. Mari gigihkan diri hari ni. 


Kali ni kami keluar seawal jam 7 pagi untuk turun breakfast. Breakfast was adequate. Ada non-halal portion too. Worry not, non-halal menu diorang letak ditempat khas dihujung penjuru. Mostly yang turun breakfast were Indonesians. Mungkin from the other part of Indonesia kot.

Datin Maimon duduk depan sebab cepat pening katanya
8 am sharp Pak Supir dah setia menunggu depan hotel. Kitorang akan ke Taman Safari Indonesia yang terletak di Bogor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Gigih nak ke sana untuk tengok haiwan padahal Zoo Negara pun tak pergi. Dan sebab yang paling jujur adalah kerana Running Man pun pernah datang sini wei. Seperti biasa kami kurang berinteraksi dengan supir. Jadi hanya berborak sesama kitorang ataupun tidur untuk kill the time. Haha.


Sebelum masuk ke Taman Safari, pak supir berhentikan kitorang untuk beli sedikit sayur sayuran untuk diberi kepada haiwan haiwan. Mahap tak tercatit pulak harga sayur sayur yang kitorang beli. Bargain itu ada perlu juga.

Entrance fees are as per below:

Telengkan kepala sikit untuk tengok dengan lebih jelas :P
Total kitorang bayar Rp1,365,000 termasuk entrance fee untuk supir & caj bawa kereta. Tak pasti kalau diorang ada tak provide kenderaan diorang sebab memang wajib pakai kenderaan untuk tengok haiwan haiwan ni.




Basically haiwan-haiwan dalam ni dilepas bebas mengikut habitat diorang. Dan kita tidak dibenarkan untuk keluar dari kereta sepanjang perjalanan ni ye. Lagi lagi kat area binatang buas macam harimau tu. Tidak dibenarkan untuk turunkan tingkap pun. Imagine sapa pegi night safari. Best ke haru?

Paling kelakar masa ni bila tuan tanah yang beriya nak pergi sini tapi bila sampai sini satu haiwan pun tuan tanah tak beri makan. Ya Allah punyala takut nak hulur carrot sebab konon konon takut rusa tu ngap tangan doraemon tuan tanah. Ada sekali tu agaknya supir tu nak buat kelakar. Dia turunkan tingkap tempat tuan tanah dari depan. Terkejut sampai bangun nak langkah duduk depan dengan datin maimon. Tu dia penangan orang penakut. Bila dah balik ni rasa nak hantuk kepala kat dinding je. Punyala rugi tak bagi haiwan haiwan tu makan. Adakah tuan tanah ini zoophobia? Kucing juga tuan tanah takut ye. Sekian terima kasih.


Percubaan si abalong tenyeh carrot kat tingkap. Jadi zebra ni duk jilat jilat tingkap tempat tuan tanah. Level geli tengok air liur kering kat tingkap tu sampai rasa nak suruh supir singgah cuci kereta tau. Mujur petang tu hujan lebat.


Orang Utan tengah training & pisang sebagai habuan



Yang ni rasa super cool. Turun bukit nampak macam sungai (read: air mengalir) dan terus ke sungai sebenar. Kagum. Berapa lama diorang perlu tunggu untuk dapat hasil nampak semula jadi macam ni.

Lepas hampir sejam tengok haiwan, supir berhentikan kitorang di kawasan amusement park. Ada few games yang macam biasanya ada kat funfair khas untuk pengunjung yang datang bersama anak anak. Sangat sesuai la kalau keluarga bercuti datang ke sini. Cuma entrance mahal sikit lah. Tapi harga tiket tu untuk all in. Jadi berbaloi sangat kalau nak tengok benda baru. Disarankan bawa la extra baju sebab ada juga waterpark kat sini.



Tiket ni korang kena pakai untuk tengok mana mana exhibitions & main apa apa game.


Jalan jalan sekitar sini sebab nak tunggu jam 1pm untuk pertunjukan ikan lumba lumba. Nampak tak cable car warna hijau kat bahagian atas belah kanan gambar ni? Pehh sayup je tengok. Kecil & tak nampak canggih. Semua pakat takmau naik sebab nampak tak meyakinkan. 


Managed to get a good seats for dolphin show




One of kaklong's best day. U can take picture with the dolphins for Rp5000 rasanya. 

Sebenarnya lepas tu ada banyak lagi show yang boleh tengok, since kitorang kan kesuntukan masa & terhegeh hegeh nak cuba habiskan semua tempat dalam itinerary. We decided untuk keluar dari sini & terus menuju pulang ke Jakarta.

Imagine pergi sini 2 jam. Balik pula ambil masa 4 jam. 4 jam wei. Dah sampai HK kalau naik katebang. Hiks. Mungkin faktor hujan pun ye dan hari jumaat. Weekend is coming kan. 

Oklah, sambung next entry ye. Till then. 

14 comments:

  1. Bestnya dpt cium dolphin!kakjem xcium ker!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila ko. mahu aku terperanjant sampai masuk pool nanti hehe

      Delete
  2. amboiii tuan tanah.... ada tangan doremon ke? aku pun takoottttt kucing. teheehehehe...
    bagus adik kawasan... aku pun nak gi sini.. almaklumlah pengaruh runningman. Tapi bukan kwangsoo la....eh? *jelingjea*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela. dari sekola org duk cakap pasal tangan aku. dulu ada tak cikgu ko ajar macam mana nak tau bulan tu ada 30 ke 31? dia suh tengok kat tulang kat penumbuk tu. aku takde weiiiii. tak nampak tulang aku

      Delete
  3. Bestnya dating2 dengan animal. Mintak sini address, petang ni gak akak pos kucing seko!! Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA. jangannnnnnn. nangis tak berhenti saya nnt kak

      Delete
  4. Singgah sini... Saya dulu masuk Safari di Jawa Timur... dapat tiket orang tempatan... supir suruh jangan buka mulut. Memang huntung banyak sebab kita orang pergi satu van...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal!

      Supir kitorang pun try jugak buat macam tu. Tapi percubaan tidak berjaya.

      Delete
  5. best tempat ni sbb pernah ke sana..tak besntya tu 2 jam perjalanan dan sgt macet!!! baru balik dari Lombok dah pandai ngomong bahasa indonesia heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sikit info cilok dari blog JM lah hehehehehe.

      Delete
  6. Ketapi round safari tak naik ke?

    ReplyDelete
  7. Wei serious ke ko takut kucing. Hahaha pasni bolehlah bawa bersidang ngan Chiqa. Confirm ko jatuh chenta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan ko. aku adalah antara pengunjung kedai yg akan selalu suruh tokey kedai makan angkat kucing tu bwk pi jejauh. hahaha

      Delete